Archive for October 2009

Cupcakes Untuk Mesyuarat PIBG


Kesemua cupcakes ni diorder oleh Kak Mah sempena mesyuarat PIBG di sekolahnya..Kak Mah nie Ustazah di sekolah tersebut, tapi dia terlibatlah menguruskan cenderamata untuk para tetamu. Lepas nie Kak Mah tak payah la susah2 nak cari kotak packing cantik2 untuk tetamu VIP, kat Farah Bakery pun ada, sila lihat post Kotak Cupcakes ye.. To Kak Mah, terima kasih banyak-banyak sebab order 200 lebih cuppies nie.. Lain kali,silakan lah order lagi..

Posted in | Comments Off

Kotak Cupcakes

Budget Cupcake Box - RM0.15 / each

Cupcake Box With Dome Container - RM0.25/each

Cupcake Box For Wedding Gift (simple design) - RM 2.00/ each

Cupcakes Box For Wedding (Flower design) - RM2.00/each

Cupcake Box (16pcs) RM 3.50/each

Cupcake Box (25 pcs) - RM 3.50/each


Kini Farah Bakery menyediakan pelbagai pilihan kotak cupcakes untuk pelanggan kami sempena hari istimewa..

Dengan adanya Cupcake Box 16 & 25 pcs, anda tak perlu risau cupcakes anda sepanjang perjalanan kerana ianya dilengkapi pemegang, agar cupcakes anda selamat sampai ke destinasinya.

Bagi yang ingin menempah cupcakes sempena perkahwinan /majlis-majlis lain, anda boleh memilih wedding gift box untuk kelihatan eksklusif.

Namun,bagi yang budget, anda boleh memilih cupcakes box with dome container / budget cupcake box.

Order dalam kuantiti yang banyak, boleh mendapat rundingan harga.Sila hubungi farah 019-6657302 / email farah.shop@yahoo.com

Posted in | Comments Off

Kelas Cupcakes - 30 Oktober 2009

Farah Bakery akan mengadakan kelas deko cupcakes pada bulan Oktober ini, iaitu pada 30 Oktober 2009. Semua warga Terengganu, Kuantan dan kawasan-kawasan berhampiran dijemput hadir kerana yuran yang dikenakan amatlah berpatutan dan kurang dari biasa.

Lokasi: Bukit Mentok, Kemaman
(5 minit dari Bandar Kemaman)


Masa : 10 pg - 1 tgh hari / 2 ptg - 5 ptg
(mengikut kesesuaian masa peserta)


Tarikh : 30 Oktober 2009

Yuran : RM 180 termasuk makan
(Yuran biasa RM 300)


***Yuran RM 180 terhad pada waktu tertentu sahaja
***Sila comfirmkan kehadiran anda 4 hari sebelum kelas bermula

Sebarang pertanyaan, hubungi 019-6657302 / farah.shop@yahoo.com

Sila klik di sini untukmelihat modul kelas deko cupcakes

Posted in | Comments Off

Cupcakes Hantaran - Pakej Hantaran



Cupcakes ni untuk hantaran bertunang nurul. Tema warnanya hijau muda pucuk pisang, tapi disebabkan hantaran dari sebelah perempuan,nak jugalah colour pink sikit..Untuk mengikut warna tema, reben organza hijau muda menjadi pilihan bagi menyerikan lagi hantaran. Harap Nurul & keluarga suka dengan cuppies nie..

Bagi bakal pengantin atau yang ingin bertunang, kami juga menyediakan cupcakes beserta kotak hantaran yang telah siap dirias cantik. Anda tak perlu pening kepala,kami boleh uruskan..
Harga Pakej Hantaran = RM 99 sahaja..

Posted in , | Comments Off

Kelas Cupcakes





Kelas cupcakes nie dihadiri oleh Kak Ita dari Kuala Terengganu.. Kak Ita mengambil kelas advance dengan mempelajari 16 deko cupcakes. Memang cekap Kak Ita mendeko cupcake sebab kelas dapat dihabiskan dalam masa 5 jam. Credit untuk Kak Ita kerana berjaya menghasilkan cupcakes yang cantik-cantik. Tak percaya? Tengoklah cupcakes di bawah, semua Kak Ita buat sendiri tau..

Kepada sesiapa yang berminat nak belajar deko cupcakes nie, tak perlu pergi jauh-jauh, di Terengganu pun ada kelasnya.. Hubungi saya untuk keterangan lanjut ya..
019-6657302 / farah.shop@yahoo.com

Posted in | Comments Off

Birthday Cupcakes 2




Cupcakes ni merupakan repeat order dari Kak Rina.. Sebelum ni Kak Rina order untuk anak saudaranya, kali ni order untuk ibunya pula.. Sempena birthday ibu Kak Rina, dia memilih untuk simple cupcakes yang tertulis setiap nama ahli keluarga dengan tema merah putih. Diharap Kak Rina dan keluarga happy dengan rasa dan design cuppies nie!


Posted in , | Comments Off

Cuppies For Kids




Salam kepada semua.. Dah sebulan tak dapat update blog ni disebabkan masalah internet.. Kali nie cupcakes yang dibuat untuk anak-anak buah saya yang datang berkunjung ke rumah pada cuti sekolah pertengahan Mac lepas.. Di deko dengan design cartoon elmo, di samping nama masing-masing tertulis di atas cuppies tue.. Bagi menyerikan cupcakes nie, sedikit design bunga dimasukkan agar nampak lebih variety dan segar..

Kepada Kak Liza yang order pada hari yang sama, bebanyak maaf sebab tak dapat buat order akak.. Iyelah, di samping menerima tetamu yang ramai..nak juga prepare hidangan yang sedap2.. Next time ada rezeki saya buat order untuk akak yer..

Posted in | Comments Off

Modul Kelas Fancy Cookies


Ingin belajar cara membuat fancy cookies dengan betul? Kami mengadakan kelas deko fancy cookies di Kemaman, Terengganu khusus untuk mereka yang berminat dan ingin menambah pendapatan sampingan.

Modul Kelas:

1) Resepi Fancy Cookies yang sedap dan rapuh akan diajar di dalam kelas, meliputi cara menerap acuan pelbagai bentuk dan juga cara membakar cookies dengan menggunakan 'double-baked method'.

2) Belajar cara membuat Royal Aising yang sesuai digunakan bagi mendeko cookies

3) Belajar mendeko cookies dengan cara yang betul, dalam pelbagai bentuk dan saiz.

4) Cara membungkus cookies agar kelihatan cantik dan menarik

Tunggu apalagi? Laburkan sedikit wang, hanya dengan yuran RM 120 sahaja anda boleh mendapatkan lebih banyak pendapatan. Fancy cookies nie sangat sesuai dijadikan goodies dan cenderahati bagi majlis2 keramaian seperti majlis kahwin, aqiqah dan sebagainya.

Hanya datang belajar dan anda akan membawa balik semua hasil cookies yang telah anda deco. Sila hubungi
019-6657302 / farah.shop@yahoo.com

Posted in , | Comments Off

Modul Kelas Cupcakes

Kelas cupcakes kini dibuka di Kemaman, Terengganu. Hanya dengan yuran RM180 sahaja, anda dapat menambah pendapatan keluarga secara sampingan ataupun sepenuh masa.

Modul Kelas:

  1. Resepi Chocolate Moist Cupcakes yang sedap dan menjimatkan diberikan kepada anda, sesuai untuk keperluan komersial.
  2. Belajar cara-cara membuat 3 jenis hiasan cake iaitu:
  • Buttercream lembut - untuk hiasan cupcakes
  • Buttercream lebih keras - untuk deko bunga dan cartoon
  • Fondant / Sugarpaste
3. Anda akan belajar mendeko cupcakes secara hands-on, dengan menggunakan buttercream
dan fondant.
i) Butercream - Bunga rose, clown, barbie dalam taman, swirl ais krim & edible image
ii) Fondant - Baby tido, Topi, Bunga Tulip dan Bunga Dahlia

Anda tak perlu bawa apa-apa, cuma bawa apron dan kain lap sahaja. Kesemua 9 cupcakes yang anda deko akan anda bawa pulang. Tunggu apa lagi? Daftar sekarang dan mulakan perniagaan anda sendiri sementara trend cupcakes sedang mendapat permintaan terhangat dipasaran! Hubungi saya 019-6657302 / email: farah.shop@yahoo.com

Posted in , | Comments Off

Valentine Cupcakes 2



Last minute order dari Hana yang mahukan design yang sama dengan Fura.. Sebenarnya Hana nie temankan Fura datang ambil cupcakes smalam.. Alih2 Hana pun nak juga satu set yang sama, design dan colour yang sama..

Untuk membezakan cupcakes Hana dengan Fura, so saya letak manik merah di atas cupcakes putih tue.. Fura punya manik silver..Tak der la boyfren dua2 confused..hehe.. Jangan marah ye dik.. gurau jer.. Anyway tq kpd dua sahabat nie.. lain kali, jangan malu2 order lagie..

Posted in , | Comments Off

Senarai Harga Cakes

Moist Chocolate Cake


Marble Cheese Cake With Oreo Based


Edible Image Cakes


1) Moist Chocolate Cake
1 kg = Rm 40

2) Marble Cheese Cake With Oreo Based
1 kg = Rm 60


3) Edible Image Cake

1 kg = Rm 70

Posted in | Comments Off

Marble Cheese Cake




Cheese cake nie untukdi bawa ke rumah kakak ipar sempena majlis makan-makan untuk adik beradik jer..Tak sempat nak ambil gambar lawa-lawa,sempat snap masa dalam loyang n dalam pinggan je..Anyway, siapa yang berminat nak order cheese cake nie, harganya rm 55 sahaja.. Bagi peminat cheesecake, ini memang real cheese cake tanpa ada sedikit tepung pun dalamnya.. Kalau kat kedai,mau rm 80 sebiji.. Cubalah, mesti anda semua berpuas hati!

Posted in | Comments Off

Mix Deco Cupcakes Untuk Kak Liza



Ini ialah last minute order dari Kak Liza.. Sebenarnya cupcakes ni diorder minggu lepas lagi, tapi disebabkan kesuntukkan masa, baru kini dapat diuploadkan..

Sebenarnya tak ada acara istimewa, cuma Kak Liza nak bagi cuppies nie untuk anaknya yang baru baik dari demam.. Anak akak nie teringin nak makan cupcakes, tu yang dia beli tue.. Tema pula diserahkan kepada saya.. memandangkan anak Kak Liza nie boy, berusia 4 tahun, so saya buatkan cartoon elmo dan swirl ais krim untuk menggembirakan dia.. Semoga bertambah-tambah sihat ye dik..

Cuppies yang warna hijau tu pula di atas permintaan Kak Liza yang minta saya buatkan sedikit sample cupcakes untuk hantaran bagi ditunjukkan kepada saudaranya yang bakal bertunang bulan depan.. Cuppies yang tak ada topping pulak untuk mak Kak Liza yang tak suka makan krim..So, all together jadilah mix cupcakes..

Kepada Kak Liza, harap berpuas hati dengan rasa dan dekonya ye..

Posted in , | Comments Off

Dadih Jagung



Tempahan dadih nie daripada Kak Jamilah untuk kenduri di rumahnya malam nie.. Kepada sesiapa yang berminat nak order dadih bagi majlis kenduri doa selamat, kenduri kahwin, kenduri aqiqah, birthday party atau apa2 majlis, bolehlah menghubungi saya di 019-6657302 / farah.shop@yahoo.com

Harga Dadih

Saiz kecil - RM 24 untuk 40 bekas
(RM 0.60 satu)

Saiz besar - RM RM 44 untuk 40 bekas
(RM 1.10 satu)

Order melebihi 300 bekas, dapat harga rm 0.50 bagi kecil dan rm 1.00 bagi besar

Tunggu apalagi? Sedap tau dadih nie.. Anak saya 4 tahun makan, sekali ngap je habis 6 bekas..

Posted in , | Comments Off

Valentine Cupcakes




Sempena Hari Valentine nie, Fura order Love Cuppies untuk cik abangnya..Tema mesti warna merah putih tau, warna lain Fura tak mahu.. Design dibuat sama seperti yang Fura minta. Diharap Fura berpuas hati dengan cupcakes nie dan lain kali jangan lupa order lagiee..


Posted in , | Comments Off

Alphabet Cupcakes (Sweet Green)




Last minute order dari Kak Rina yang nak buat suprise untuk anak saudaranya, birthday girl.. Call saya dalam pukul 11 pagi dan nak ambil malam. Kalau ikutkan memang tak dapat buat, sebab ada bahan yang tak cukup.. Tapi demi customer dan budi baik suami saya yang sporting balik lunch untuk beli barang, dapatlah tunaikan hajat Kak Rina nie..

Asalnya Kak Rina nak design Alphabet Cupcakes 3, tapi saya adjust sendiri agar cupcakenya tampak lebih feminin dan sesuai untuk birthday girl yang sweet 18.. Untuk Angah, Happy Birthday dan diharap suka dengan cuppies nie..

Posted in , | Comments Off

Alphabet Cupcakes (Biru-Putih)




Lagi order untuk Alphabet Cupcakes.. Di order oleh Dr. Benedict P. Agulto dari Kuala Lumpur secara online untuk dihantar kepada rakannya Fahmi di kemaman. Diharap Fahmi gembira dengan suprised cupcakes hari nie. To Dr Benedict, thank you so much and hoping that you liked the design and do order more cupcakes again..!

Posted in , | Comments Off

Senarai Harga Fancy Cookies

Senarai Harga Fancy Cookies

a) Saiz L (4 inci)
20 keping = rm 40
Cth: Bentuk bear, girl & boy

b) Saiz M (3 inci)
50 keping = rm rm 75
Cth: Bentuk bulan, bintang, bulat, bulat berliku, christmas tree

c) Saiz S (2 inci)
60 keping = rm 78
Cth: Bentuk love dan mickey mouse

* Kami juga menerima tempahan bentuk cookies lain dari yang lain mengikut
kemahuan anda, cuma tambah rm 15 untuk design yang anda inginkan. Contohnya
kereta, baju baby, kasut dan sebagainya.



Terma & Syarat


1) Deposit 50% diperlukan semasa tempahan dilakukan. Bayaran selebihnya perlu
dijelaskan semasa pengambilan cokies.

2) Deposit hendaklah dilakukan selewat-lewatnya 4 hari sebelum tarikh majlis.
Kelewatan membuat bayaran membuatkan order anda tidak comfirm / sekiranya ada
individu lain yang membayar 50% dulu dari anda, maka order anda tidak akan
diterima.

4) Penghantaran sekitar Kemaman boleh diuruskan, tetapi kos minyak akan
dicaj pada pelanggan. Walaubagaimanapun, kami lebih selesa jika pelanggan
mengambil sendiri cookies mereka, tanpa ada sebarang bayaran tambahan
Penghantaran hanya dilakukan pada hari cuti sahaja.

6) Tempahan cookies dalam kuantiti yang banyak boleh mendapatkan harga diskaun.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi 019-6657302 / farah.shop@yahoo.

Posted in , | Comments Off

Fancy Cookies Untuk Hantaran






Masih lagi order dari Ain iaitu fancy cookies yang cute2 nie.. Thanx Ain coz percayakan akak buat 2 set hantaran dan 1 set goodies from cookies nie..

Order fancy cookies sebagai goodies/cenderamata untuk para tetamu di hari perkahwinan atau majlis istimewa seperti pertunangan, aqiqah, birthday dan sebagainya.. Boleh juga dijadikan sebagai hantaran, pasti memberi kelainan ..

Pelbagai bentuk disediakan seperti bentuk bear, budak lelaki, budak perempuan, star, love, christmas tree, circle, moon. Anda juga boleh menyatakan bentuk cookies yang diingini, tapi ada la sedikit caj tambahan. Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-6657302 / email farah.shop@yahoo.com

Posted in , | Comments Off

Cupcake Hantaran (Merah)




Lagi order dari Ain.. Pilihan merah & putih menjadi pilihan hati, diserikan lagi dengan roses yang berwarna merah, sangat sesuai untuk hantaran. Kepada yang berminat untuk order, sila hubungi 019-6657302 / email farah.shop@yahoo.com

Posted in | Comments Off

Cupcakes Hantaran (Coklat)




Order dari Nurul Ain dari Dungun buat hantaran bertunangnya.. Pilihan coklat pekat dan coklat cair menjadi pilihan hati. Agak ragu juga saya nak buat colour coklat nie, tapi Alhamdulillah hasilnya memberangsangkan.. Cuma colour nampak agak dull dalam gambar, tapi in real memang happening and nampak class. Thanx Ain kerana sudi order dari jauh..


Posted in | Comments Off
Farah Bakery. Powered by Blogger.