Archive for December 2009

Fondant Wedding Cake




Order kali ni datangnya dari Pn Syiqin yang mahukan fondant wedding cake. Design katanya nak simple but sweet,dan tak mahu terlalu crowded. Jadi, inilah hasilnya.. Diharap Pn Syiqin berpuas hati..

Posted in , | Comments Off

Kelas Deko Cupcakes 19/12/09


Perhatian! Kelas deko cupcakes akan diadakan pada 19 Disember 2009 di Kemaman, Terengganu. Hanya dengan yuran RM180 sahaja, anda dapat menambah pendapatan keluarga secara sampingan ataupun sepenuh masa mahupun membuat juadah untuk yang tersayang..

Modul Kelas:

1. Resepi Chocolate Moist Cupcakes yang sedap dan menjimatkan diberikan kepada anda, sesuai untuk keperluan komersial.
2. Belajar cara-cara membuat 3 jenis hiasan cake iaitu:

* Buttercream lembut - untuk hiasan cupcakes
* Buttercream lebih keras - untuk deko bunga dan cartoon
* Fondant / Sugarpaste

3. Anda akan belajar mendeko cupcakes secara hands-on, dengan menggunakan buttercream
dan fondant.
i) Butercream - Bunga rose, clown, barbie dalam taman, swirl ais krim & edible image
ii) Fondant - Baby tido, Topi, Bunga Tulip dan Bunga Dahlia

Anda tak perlu bawa apa-apa, cuma bawa apron dan kain lap sahaja. Kesemua 9 cupcakes yang anda deko akan anda bawa pulang. Tunggu apa lagi? Daftar sekarang dan mulakan perniagaan anda sendiri sementara trend cupcakes sedang mendapat permintaan terhangat dipasaran! Hubungi saya 019-6657302 / email: farah.shop@yahoo.com

*** Perhatian, ini merupakan kelas terakhir sebelum saya berpindah ke KL pada cuti Christmas. Jadi kepada yang telah memberi nama untuk kelas, sila bank-in deposit 50% selewat-lewatnya 4 hari sebelum class iaitu 15 disember untuk comfirmation. Kerjasama anda amat diharapkan bagi memastikan kelas berjalan lancar. Terima kasih.

Posted in | Comments Off

Fancy Cookies



Fancy Cookies ni merupakan sample yang diminta oleh Hewlett Packard Company sempena majlisnya yang akan berlangsung tak lama lagi dan juga untuk Christmas doorgift. Balik je dari Kuantan (temankan hubby) terus masak dan malamnya start la menguli tepung untuk buat cookies nie. Tepat jam 6 pagi baru siap dan settle semuanya. Tak tidur malam tu gara-gara mengejar dateline, dimana cookies nie harus di courier ke kl pagi tu jugak..

Kepada yang nak order cookies sempena Christmas ni, boleh la hubungi saya ye..019-6657302

Posted in | Comments Off

Deco Class With Master Eugene Wong





b
Entry kali nie lari sikit dari biasa ye.. Sebelum saya buat cake Kak Liza, pagi tu sempat saya menghadiri deco class dari chef terkenal Master Eugene Wong. Bagi yang biasa dengan dunia deko ni, mesti kenal dengan Master ni. Selain telah menulis beberapa buah buku deko, beliau juga telah mengkomersialkan fondant brand Trans yang pada saya memang terbaik setakat ni berbanding brand lain kerana ia lebih stabil dan lebih tahan pada suhu panas dan lembap di Malaysia.

Mencari ilmu biar sampai ke negara China..hehe..walaupun banyak juga yang saya tahu sebab class ni hanyalah basic class, tapi banyak juga yang saya belajar pada hari tu hasil interaksi dua hala dengan Master nie.. Apapun, memang seronok dapat hadir ke class nie, dan ucapan terima kasih pada hubby tersayang sebab bagi green light untuk saya pergi dan menjaga dua putera saya yang tengah lasak tue..

Posted in | Comments Off

Buttercream Cake With Pink Roses





Order kali nie lari sikit dari kebiasaan, di mana Kak Liza regular customer saya mahukan buttercream cake untuk majlis perkahwinan sepupunya hari nie.. Pada mulanya saya ingatkan untuk hantaran, tak sangka pulauntuk acara memotong kek. Seperti biasa, design cake saya adalah berdasarkan request customer. Kak Liza ni minta roses setaman penuh di atas permukaan kek nie.. Entah kenapa ye, lately asyik2 mendapat tempahan design bunga je. Penuh bunga kat blog saya nie..hehe.. Anyway customer always right..Apa yg mereka nak, itulah yang saya akan buat. Apalagi, layan je la gambar..

Posted in , , | Comments Off

Flower Cupcakes - Pink




Order kali ni pula datangnya dari kawan Ina, Ayu.. Nak kan design yang sama juga dengan Ina cuma colour berbeza.. Tak ada apa2 event istimewa,hanya nak menjamu tetamu pada Hari Raya Aidiladha yang lepas. Apapun,terima kasih kepada Ayu kerana sudi order ya..

Posted in | Comments Off

Flower Cupcakes - Red




Order ni datangnya daripada Ina dr Kemaman ni jer.. Ina ni rakan cyber saya..kenal pun melalui internet dan tup,tup dia call nak order cupcakes. Sesapa yang minat english deko untuk dijadikan hiasan rumah,bolehlah layari blog ina ni iaitu http://bondacottage.blogspot.com . Memang banyak brg yg menggoda hati kat sana.. To Ina,tq coz sudi order, insyaAllah kalau ada rezeki bolehla ina belajar cupcakes pula.. Inilah pilihan Ina, red flower..

Posted in | Comments Off

Berpindah Ke Kuala Lumpur (Gombak)

Salam semua..entry kali ni saya nak memberitahu kepada semua customer2 saya yang berada di sekitar Terengganu dan Kuantan bahawa saya akan berpindah ke K.L pada hujung bulan Disember nie.. Rasa agak sedih juga sebab kebanyakkan customer ni la yang menjadi kawan saya memandangkan saya hanyalah merantau di Kemaman yang aman permai nie.. Bagi yang masih ingin order cupcakes / menghadiri class, sila hubungi saya terlebih dahulu memandangkan hujung minggu terpaksa berulang-alik ke kl untuk set-up rumah baru.. Apapun, insyaAllah jika ada rezeki, jemputlah datang ke rumah saya di K.L nanti ya..

Bagi warga K.L khususnya sekitar Gombak, bolehlah menghubungi saya untuk tempahan cupcakes, cakes, fancy cookies dan juga dadih. Penghantaran percuma bagi penduduk Taman Sri Gombak..Hubungi 019-6657302 / email farah.shop@yahoo.com

Posted in | Comments Off

Cupcakes Hantaran - Pink Roses





Lama tak update blog ni, walhal banyak lagi cupcakes customer yang belum dipaparkan.. Kepada yang cupcakes nya belum diupload lagi, jangan kecik hati ya..Bukan tak nak buat, tapi line internet celcom saya nie memang sangat tak stabil..datang masa slownya, satu keja pun tak dapat buat..

Order kali nie dari Kak Liza.. Kak Liza ni memang regular customer saya..Dia order cupcakes ni untuk dihadiahkan sebagai hantaran bagi sepupunya yang menjadi raja sehari. Kak Liza minta diletakkan dalam cupcakes box yang ada holes supaya selamat dalam perjalanan menuju ke rumah pengantin perempuan di Kuala Terengganu. Kotak hantaran ni memang saya tak hias kerana Kak Liza mahu menghiasnya sendiri.. Diharap Kak Liza dan pengantin baru suka la ye dengan roses setaman nie.. Thanx to Kak liza ..

Posted in , | Comments Off
Farah Bakery. Powered by Blogger.