Class Cupcakes Julai 2011

Salam semua.. class cupcakes untuk bulan Julai akan dijalankan pada 13 Julai 2011, hari Rabu bagi yang inginkan kelas pada hari bekerja dan 16 Julai 2011, hari Sabtu untuk kelas hujung minggu. Harap dapat hubungi saya awal untuk mengesahkan kehadiran. Terima kasih.

Farah ~ 019-6657302 / farah.shop@yahoo.com

Posted in | Comments Off

Class 7 May 2011

Class kali ni dihadiri oleh Ain dan kawannya dari Seremban. Dua sahabat nie memang semangat berobar-kobar untuk menghadiri class.. Datang class pun on time,dan Alhamdulillah class berjalan lancar seperti yang dijadualkan.. Kepada yang berminat menghadiri class Farah Bakery, sila hubungi saya untuk jadual / tempahan class 019-6657302 / farah.shop@yahoo.com





Asyik tengok gambar cupcakes jer,kali nikita tengok pulak menu specal hari ni untuk santapan student2ku..hehe.. Nasi Kerabu Special.. Layanzzz.. 



Posted in | Comments Off

Weekdays Class ~ 26 April 2011




Kelas kali ni dihadiri oleh Fiza. Kelas ni dijalankan pada hari Selasa, di mana Fiza mengambil cuti semata2 untuk belajar cupcakes nie.. Katanya kalau weekend tak ada yang jaga anak, so better buat class hari bekerja. Kepada sesiapa yang nak buat class pada hari bekerja, silalah hubungi saya ye.. 019-6657302 / farah.shop@yahoo.com

Posted in | Comments Off

Class Cupcakes ~ 24 April 2011

Alhamdulillah..selepas berpantang inilah class pertama yang dapat diadakan..Maaf banyak2 pada yang bertanya mahukan kelas sejak beberapa bulan kebelakangan nie, sebab masa sarat mengandung pun, saya bercuti dari mengadakan class.


InsyaAllah selepas ini, class cupcakes akan diadakan setiap hari termasuk hari Sabtu.. Cuma hari Ahad saya mengisytiharkan cuti.. hehehe..

So, untuk class kali ni dihadiri oleh Kamalia. Kamalia ni merupakan customer saya juga yang menempah blog sebelum nie. Kiranya dia memang dah ada basic buat cupcakes.. Cuma ini adalah kelas pertama belajar deko...Kiranya tangan dia memang dah ada skill lah, cuma perlu ditajamkan lagi dan mengembangkan idea yang ada. Apapun, semoga bisnes Kamalia bertambah maju ya..

Asyiknya mendeko...

Hasil cuppies Kamalia... Comelkan?

Tersenyum riang dgn hasil yg kiut miut tue..
Kepada yg berminat menghadiri class cupcakes nie, sila hubungi farah.shop@yahoo.com / call 019-6657302. Kini class cupcakes di buka setiap hari, kecuali hari Ahad..

Posted in | Comments Off

Class Cupcakes Di Gombak


Salam kepada semua pengunjung blog.. Kelas cupcakes akan diadakan di Gombak pada 17 April 2011 ini, hari Ahad pukul 11 pagi. Sesiapa yang berminat untuk join class cupcakes, sila comfirmkan kehadiran anda selewat-lewatnya 15 April 2011 dengan deposit RM 100. Untuk makluman, yuran kelas telah dinaikkan ke rm 200 berikutan kenaikan semua harga kos. Sila beri nama anda segera bagi memastikan kelas berjalan lancar ya..


Modul Kelas:

1. Resepi Chocolate Moist Cupcakes yang sedap dan menjimatkan diberikan kepada anda, sesuai untuk keperluan komersial.

2. Belajar cara-cara membuat 3 jenis hiasan cake iaitu:
* Buttercream lembut - untuk hiasan cupcakes
* Buttercream lebih keras - untuk deko bunga dan cartoon
* Fondant / Sugarpaste

3. Anda akan belajar mendeko cupcakes secara hands-on, dengan menggunakan buttercream dan fondant.

i) Butercream - Bunga rose, clown, barbie dalam taman, swirl ais krim, edible image

ii) Fondant - Baby tido, Topi, Bunga Tulip dan Bunga Dahlia, Alphabet

Anda tak perlu bawa apa-apa, cuma bawa apron dan kain lap sahaja. Kesemua 8 cupcakes yang anda deko akan anda bawa pulang.

Hubungi saya 019-6657302 / email:farah.shop@yahoo.com

Posted in | Comments Off

Class Cupcakes Di Gombak 27/11/10


Kelas cupcakes akan diadakan pada hari Sabtu ini, 27 November 2010 bersamaan hari Sabtu,pukul 2.00 petang. Sila comfirmkan kehadiran anda selewat2nya 25 November 2010. Kerjasama anda amat diharapkan bagi memastikan kelas berjalan lancar. Terima kasih.



Modul Kelas:

1. Resepi Chocolate Moist Cupcakes yang sedap dan menjimatkan diberikan kepada anda, sesuai untuk keperluan komersial.

2. Belajar cara-cara membuat 3 jenis hiasan cake iaitu:
* Buttercream lembut - untuk hiasan cupcakes* Buttercream lebih keras - untuk deko bunga dan cartoon* Fondant / Sugarpaste

3. Anda akan belajar mendeko cupcakes secara hands-on, dengan menggunakan buttercream dan fondant.

i) Butercream - Bunga rose, clown, barbie dalam taman, swirl ais krim

ii) Fondant - Baby tido, Topi, Bunga Tulip dan Bunga Dahlia

Anda tak perlu bawa apa-apa, cuma bawa apron dan kain lap sahaja. Kesemua 8 cupcakes yang anda deko akan anda bawa pulang.

Hubungi saya 019-6657302 / email:farah.shop@yahoo.com


Posted in | Comments Off

Lagi Gambar Class Cupcakes

Alhamdulillah,ramai yang minat nak belajar cupcakes nie.Kebanyakannya untuk berniaga, tak kurang juga untuk dibuat juadah buat keluarga dan anak2 tersayang.. Tak mau celoteh panjang, jom tengok group kali nie beserta hasil deko cupcakes mereka sekali..







Bagi yang berminat menghadiri class cupcakes, sila hubungi saya 019-6657302 / email farah.shop@yahoo.com

Posted in | Comments Off

Kelas Cupcakes Di Gombak

Salam semua.. Entry kali nie untuk share dengan semua gambar class cupcakes yang telah dijalankan di Gombak. Sempat dirakamkan bakal usahawan2 cupcakes kita beserta dengan hasil kerja masing-masing...



Sesiapa yang berminat nak menghadiri kursus Cupcakes ni, sila hubungi saya 019-6657302 / email farah.shop@yahoo.com






Posted in | Comments Off

Class Cupcakes di Gombak - 25 April 2010


Salam kepada semua. Ramai yang bertanya untuk class deko cupcakes di Gombak. Dengan rasa rendah diri dan sukacitanya dimaklumkan yang class cupcakes akan dijalankan pada

25 April 2009, hari Sabtu pada pukul 2.00 petang. Diharap kepada yang berminat sila bank-in deposit sebanyak rm 80 untuk booking tempat selewat2nya pada 8/4/10. Hanya dengan Rm 180 sahaja anda dapat menjana pendapatan sampingan, mahupun membuat juadah istimewa untuk yang tersayang.. Tempat terhad.

Modul Kelas:
1. Resepi Chocolate Moist Cupcakes yang sedap dan menjimatkan diberikan kepada anda, sesuai untuk keperluan komersial.

2. Belajar cara-cara membuat 3 jenis hiasan cake iaitu:
* Buttercream lembut - untuk hiasan cupcakes* Buttercream lebih keras - untuk deko bunga dan cartoon* Fondant / Sugarpaste

3. Anda akan belajar mendeko cupcakes secara hands-on, dengan menggunakan buttercream dan fondant.

i) Butercream - Bunga rose, clown, barbie dalam taman, swirl ais krim

ii) Fondant - Baby tido, Topi, Bunga Tulip dan Bunga Dahlia
Anda tak perlu bawa apa-apa, cuma bawa apron dan kain lap sahaja. Kesemua 8 cupcakes yang anda deko akan anda bawa pulang. Tunggu apa lagi? Daftar sekarang dan mulakan perniagaan anda sendiri sementara trend cupcakes sedang mendapat permintaan terhangat dipasaran! Hubungi saya 019-6657302 / email: farah.shop@yahoo.com

Posted in | Comments Off

Kelas Cupcakes Di Gombak

Salam kepada semua pengunjung blog saya nie.. Sekali lagi saya nak maklumkan yang saya telah berpindah ke Gombak. Jadi, sebarang order & class di Kemaman tidak dapat dilakukan kerana faktor jarak & masa.

Alhamdulillah, semenjak berpindah semula ke Gombak saya telah ditawarkan untuk kembali bekerja. Dengan kesibukan di tempat kerja yang baru saja bermula, saya tidak dapat menerima sebarang tempahan buat sementara waktu. Namun begitu, class cupcakes masih boleh dijalankan pada hari Sabtu & Ahad.

Kepada yang berminat untuk menghadiri class cupcakes, sila comfirmkan seminggu awal tarikh & masa. Yuran class hanya RM 180 sahaja. Sila rujuk Modul Class Cupcakes untuk penjelasan terperinci tentang class. Untuk sebarang pertanyaan & comfirmation, sila hubungi saya 019-6657302. Terima kasih.

**Rumah saya di Taman Sri Gombak, PUTRA LRT - station Terminal Putra.

Posted in | Comments Off

Fondant Wedding Cake




Order kali ni datangnya dari Pn Syiqin yang mahukan fondant wedding cake. Design katanya nak simple but sweet,dan tak mahu terlalu crowded. Jadi, inilah hasilnya.. Diharap Pn Syiqin berpuas hati..

Posted in , | Comments Off

Kelas Deko Cupcakes 19/12/09


Perhatian! Kelas deko cupcakes akan diadakan pada 19 Disember 2009 di Kemaman, Terengganu. Hanya dengan yuran RM180 sahaja, anda dapat menambah pendapatan keluarga secara sampingan ataupun sepenuh masa mahupun membuat juadah untuk yang tersayang..

Modul Kelas:

1. Resepi Chocolate Moist Cupcakes yang sedap dan menjimatkan diberikan kepada anda, sesuai untuk keperluan komersial.
2. Belajar cara-cara membuat 3 jenis hiasan cake iaitu:

* Buttercream lembut - untuk hiasan cupcakes
* Buttercream lebih keras - untuk deko bunga dan cartoon
* Fondant / Sugarpaste

3. Anda akan belajar mendeko cupcakes secara hands-on, dengan menggunakan buttercream
dan fondant.
i) Butercream - Bunga rose, clown, barbie dalam taman, swirl ais krim & edible image
ii) Fondant - Baby tido, Topi, Bunga Tulip dan Bunga Dahlia

Anda tak perlu bawa apa-apa, cuma bawa apron dan kain lap sahaja. Kesemua 9 cupcakes yang anda deko akan anda bawa pulang. Tunggu apa lagi? Daftar sekarang dan mulakan perniagaan anda sendiri sementara trend cupcakes sedang mendapat permintaan terhangat dipasaran! Hubungi saya 019-6657302 / email: farah.shop@yahoo.com

*** Perhatian, ini merupakan kelas terakhir sebelum saya berpindah ke KL pada cuti Christmas. Jadi kepada yang telah memberi nama untuk kelas, sila bank-in deposit 50% selewat-lewatnya 4 hari sebelum class iaitu 15 disember untuk comfirmation. Kerjasama anda amat diharapkan bagi memastikan kelas berjalan lancar. Terima kasih.

Posted in | Comments Off

Fancy Cookies



Fancy Cookies ni merupakan sample yang diminta oleh Hewlett Packard Company sempena majlisnya yang akan berlangsung tak lama lagi dan juga untuk Christmas doorgift. Balik je dari Kuantan (temankan hubby) terus masak dan malamnya start la menguli tepung untuk buat cookies nie. Tepat jam 6 pagi baru siap dan settle semuanya. Tak tidur malam tu gara-gara mengejar dateline, dimana cookies nie harus di courier ke kl pagi tu jugak..

Kepada yang nak order cookies sempena Christmas ni, boleh la hubungi saya ye..019-6657302

Posted in | Comments Off

Deco Class With Master Eugene Wong





b
Entry kali nie lari sikit dari biasa ye.. Sebelum saya buat cake Kak Liza, pagi tu sempat saya menghadiri deco class dari chef terkenal Master Eugene Wong. Bagi yang biasa dengan dunia deko ni, mesti kenal dengan Master ni. Selain telah menulis beberapa buah buku deko, beliau juga telah mengkomersialkan fondant brand Trans yang pada saya memang terbaik setakat ni berbanding brand lain kerana ia lebih stabil dan lebih tahan pada suhu panas dan lembap di Malaysia.

Mencari ilmu biar sampai ke negara China..hehe..walaupun banyak juga yang saya tahu sebab class ni hanyalah basic class, tapi banyak juga yang saya belajar pada hari tu hasil interaksi dua hala dengan Master nie.. Apapun, memang seronok dapat hadir ke class nie, dan ucapan terima kasih pada hubby tersayang sebab bagi green light untuk saya pergi dan menjaga dua putera saya yang tengah lasak tue..

Posted in | Comments Off

Buttercream Cake With Pink Roses





Order kali nie lari sikit dari kebiasaan, di mana Kak Liza regular customer saya mahukan buttercream cake untuk majlis perkahwinan sepupunya hari nie.. Pada mulanya saya ingatkan untuk hantaran, tak sangka pulauntuk acara memotong kek. Seperti biasa, design cake saya adalah berdasarkan request customer. Kak Liza ni minta roses setaman penuh di atas permukaan kek nie.. Entah kenapa ye, lately asyik2 mendapat tempahan design bunga je. Penuh bunga kat blog saya nie..hehe.. Anyway customer always right..Apa yg mereka nak, itulah yang saya akan buat. Apalagi, layan je la gambar..

Posted in , , | Comments Off

Flower Cupcakes - Pink




Order kali ni pula datangnya dari kawan Ina, Ayu.. Nak kan design yang sama juga dengan Ina cuma colour berbeza.. Tak ada apa2 event istimewa,hanya nak menjamu tetamu pada Hari Raya Aidiladha yang lepas. Apapun,terima kasih kepada Ayu kerana sudi order ya..

Posted in | Comments Off

Flower Cupcakes - Red




Order ni datangnya daripada Ina dr Kemaman ni jer.. Ina ni rakan cyber saya..kenal pun melalui internet dan tup,tup dia call nak order cupcakes. Sesapa yang minat english deko untuk dijadikan hiasan rumah,bolehlah layari blog ina ni iaitu http://bondacottage.blogspot.com . Memang banyak brg yg menggoda hati kat sana.. To Ina,tq coz sudi order, insyaAllah kalau ada rezeki bolehla ina belajar cupcakes pula.. Inilah pilihan Ina, red flower..

Posted in | Comments Off
Farah Bakery. Powered by Blogger.