Showing posts with label Cupcakes Hantaran. Show all posts

Cupcakes Hantaran - Pink Roses





Lama tak update blog ni, walhal banyak lagi cupcakes customer yang belum dipaparkan.. Kepada yang cupcakes nya belum diupload lagi, jangan kecik hati ya..Bukan tak nak buat, tapi line internet celcom saya nie memang sangat tak stabil..datang masa slownya, satu keja pun tak dapat buat..

Order kali nie dari Kak Liza.. Kak Liza ni memang regular customer saya..Dia order cupcakes ni untuk dihadiahkan sebagai hantaran bagi sepupunya yang menjadi raja sehari. Kak Liza minta diletakkan dalam cupcakes box yang ada holes supaya selamat dalam perjalanan menuju ke rumah pengantin perempuan di Kuala Terengganu. Kotak hantaran ni memang saya tak hias kerana Kak Liza mahu menghiasnya sendiri.. Diharap Kak Liza dan pengantin baru suka la ye dengan roses setaman nie.. Thanx to Kak liza ..

Posted in , | Comments Off

Cupcakes Hantaran - Pakej Hantaran



Cupcakes ni untuk hantaran bertunang nurul. Tema warnanya hijau muda pucuk pisang, tapi disebabkan hantaran dari sebelah perempuan,nak jugalah colour pink sikit..Untuk mengikut warna tema, reben organza hijau muda menjadi pilihan bagi menyerikan lagi hantaran. Harap Nurul & keluarga suka dengan cuppies nie..

Bagi bakal pengantin atau yang ingin bertunang, kami juga menyediakan cupcakes beserta kotak hantaran yang telah siap dirias cantik. Anda tak perlu pening kepala,kami boleh uruskan..
Harga Pakej Hantaran = RM 99 sahaja..

Posted in , | Comments Off

Cupcake Hantaran (Merah)




Lagi order dari Ain.. Pilihan merah & putih menjadi pilihan hati, diserikan lagi dengan roses yang berwarna merah, sangat sesuai untuk hantaran. Kepada yang berminat untuk order, sila hubungi 019-6657302 / email farah.shop@yahoo.com

Posted in | Comments Off

Cupcakes Hantaran (Coklat)




Order dari Nurul Ain dari Dungun buat hantaran bertunangnya.. Pilihan coklat pekat dan coklat cair menjadi pilihan hati. Agak ragu juga saya nak buat colour coklat nie, tapi Alhamdulillah hasilnya memberangsangkan.. Cuma colour nampak agak dull dalam gambar, tapi in real memang happening and nampak class. Thanx Ain kerana sudi order dari jauh..


Posted in | Comments Off

Edible Cuppies Untuk Hantaran





Nie cuppies yang di order oleh Jun dari Kerteh untuk di hadiahkan kepada saudaranya sebagai hantaran. Cupcakes Edible Image ini memaparkan gambar pengantin berserta beberapa roses sebagai penyeri. Tema merah dan putih menjadi pilihan Jun.. Harap Jun berpuas hati yea.. Dan Selamat Pengantin Baru buat Judie & Tini!

Posted in , | Comments Off
Farah Bakery. Powered by Blogger.