Cupcakes Hantaran - Pink Roses





Lama tak update blog ni, walhal banyak lagi cupcakes customer yang belum dipaparkan.. Kepada yang cupcakes nya belum diupload lagi, jangan kecik hati ya..Bukan tak nak buat, tapi line internet celcom saya nie memang sangat tak stabil..datang masa slownya, satu keja pun tak dapat buat..

Order kali nie dari Kak Liza.. Kak Liza ni memang regular customer saya..Dia order cupcakes ni untuk dihadiahkan sebagai hantaran bagi sepupunya yang menjadi raja sehari. Kak Liza minta diletakkan dalam cupcakes box yang ada holes supaya selamat dalam perjalanan menuju ke rumah pengantin perempuan di Kuala Terengganu. Kotak hantaran ni memang saya tak hias kerana Kak Liza mahu menghiasnya sendiri.. Diharap Kak Liza dan pengantin baru suka la ye dengan roses setaman nie.. Thanx to Kak liza ..

This entry was posted in ,. Bookmark the permalink.
Farah Bakery. Powered by Blogger.